Assalamualaikum n hope everyone having a cool holiday this CNY :)

Many things have happen to me these past 3 months..but it is settled one by one. Will tell u the stories when i get the time (n mood :P)

Tq for dropping by,readers! -2 February

Wednesday, May 20

Hebatlah kau! \(^_^)/

salam, adik. sori sgt2 tak bls msg ritu. congrates dpt 11A u spm ritu. hm2 cmne ngn application u p kaherah uni?

oh,xpe2 kak mar. saye fhm akak sibuk. dah sbln lbh dh ni haa br nk reply...haha. oh,xde jwpn lg. tgh tggu :)

oh,yeke. insyaAllah dptla tu. so, tgh cuti lame lg ni. duk umah je ke?

oh,br je pencen jd ustazah..haha..bln mac ari 2 last mengajar. skang duk umah, sibuk uruskn kem u sek. mggu dpn kemnya.


MasyaAllah..
baru 17,
dh leh mengajar as ustazah

MasyaAllah..
cuti pnjg spm,
sibuk pergi n uruskn kem2.

im 19,
n what have i achieve in the road to Mardhatillah?
erk..
>_<

.................................................................................

ku tujukn ni kpd murabbiku...
sahabat2 ku y ku kagumi semangatnya..
engkaulah sumber inspirasiku..



Aku ingin menjadi seperti engkau.
Sebab aku lihat engkau ni hebat.

Engkau seorang yang hebat
kerana dapat menjaga syariat
walau dalam apa jua keadaan.

Berprogram, bermesyuarat, bersukan
dan apa jua aktiviti yang engkau sertai,

engkau masih mengutamakan syariat.

Waktu solat, pergaulan, tatatertib, adap sopan sebagai seorang muslim
tidak tercemar walau apa jua kedaan yang engkau lalui.
Hebat la engkau.

Walau masa engkau penuh diisi
dengan program-program tertentu,
engkau masih tidak melupakan al-Quran.
Malah masa untuk membacanya adalah lebih utama.
Tiada apa yang boleh mencuri masa engkau
untuk membaca al-Quran.

Hebatnya engkau.

Engkau tidak kisah apa tanggapan orang terhadap engkau
jika engkau tidak menyertai mereka
dalam gelak ketawa dan gurau senda yang melalaikan.
Namun, engkau masih menjaga hubungan dengan mereka

untuk mengelakkan agama engkau
difitnah sebagai agama yang tidak mesra.



Sesekali jika engkau alpa,

cepat-cepat engkau memohon taubat.
Engkau redha bahawa hamba tidak pernah lari dari tidak membuat dosa.
Maka taubat engkau bayar sebagai ganti.
Tidak pernah sekali engkau berbangga dengan dosa.
Hebatnya engkau.

Mereka menyanyi, engkau juga menyanyi.
Bermesyuarat juga macam biasa.
Sukan juga begitu.
Tapi syariat tetap syariat,
engkau pelihara dengan cermatnya.
Yang utama perlu diutamakan.
Hebatnya engkau.

Walaupun ramai dari mereka yang tidak faham
malah pernah menganggap engkau sombong,
namun engkau tetap sabar dan redha.
Yakin dengan mengutamakan syariat akan beroleh kebaikan
membuatkan engkau lebih tabah menjaganya.
Itu akan membuatkan engkau tidak peduli
dengan kata-kata serta umpatan mereka.


Namun,
lemahnya iman aku

kerana tidak boleh menjejaki langkah engkau.
Persoalannya
bilakah aku boleh menjadi seperti engkau.
Bagaimana engkau menjaga waktu solat,
tutur kata, pergaulan, adap sopan, dan mahmudah yang lain
membuatkan aku bertambah tertarik
untuk bersikap seperti engkau.

Kerana engkau hebat.
Aku ingin menjadi seperti engkau.



Ku mengejar MardhatillahMu....keredhaanMu
Ku ingin menjadi MardhiahMu.....y diredhaiMu

insyaAllah
salam..

1 lovely comment:

Huda Idris said...

insyaAllah


he he mar apekabar??


huda la ni.ingat lgx kite..?

Post a Comment