Assalamualaikum n hope everyone having a cool holiday this CNY :)

Many things have happen to me these past 3 months..but it is settled one by one. Will tell u the stories when i get the time (n mood :P)

Tq for dropping by,readers! -2 February

Tuesday, November 2

Ayah y sgt caring lg protective..

sgt2 klaka bace entri cik effarini ni tau...mmg tergelak dr awal smpai habis.hak3..tq la share bnde ni time2 ak tgh bosan..nk share ngn korang lak ;)
........................................................................................................





Kepada Bf anak aku,


Peraturan 1:

Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak
barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:

Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia,
selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga
tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko
kat umah..


Peraturan 3:

Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer
atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu
elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak
atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat
dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.


Peraturan 4:

Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang
hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2,
ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh
sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan
mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak.
Paham?


Peraturan 5:

Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak
mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa.
Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko
nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar
cuma: “Awal.”


Peraturan 6:

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak
dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko
tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple
ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan
ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan
wat ko nangis.


Peraturan 7:

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia
bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat
askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam
basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.


Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat
yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau
baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang
gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria.
Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde
lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak
aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur
atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala
hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku
tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu
peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka.
Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan
kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku
tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan
aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni
dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang
umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis.
Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat
dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”.
Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat
tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

2 lovely comment:

iDe said...

hahhaaa...tgh tension2 bace lak entry ni..kurang sket rase tension ;)

Mardhiah said...

hm2..bgsla! tgh exam final ye? all da best ;)

Post a Comment